Thursday 26 January 2017

Struktur Mahkamah Di Malaysia





Mahkamah Khas

Berfungsi untuk mendengar perbicaraan kes jenayah atau sivil yang melibatkan Raja-Raja.
Panel Hakim bagi Mahkamah Khas adalah :

1) Ketua Hakim Negara
2) Hakim Besar Malaya
3) Hakim Besar Sabah dan Sarawak
4) 2 orang Hakim yang sedang memegang jawatan atau bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah Tinggi yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja. 


Bidang Kuasa Mahkamah

Mahkamah Persekutuan 

- Mahkamah Rayuan yang terakhir bagi kes sivil dan jenayah.
- Mendengar kes rayuan dari Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
- Mempunyai kuasa untuk memutuskan kesalahan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan oleh penggubalan undang-undang itu menyalahi bidang kuasa penggubalan undang-undang yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada Kerajaan Persekutuan atau Negeri.
- Mempunyai kuasa untuk memutuskan pertikaian antara negeri dan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 



Mahkamah Rayuan        

- Mendengar kes rayuan sivil dan jenayah yang berasal dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen.
- Mendengar rayuan bagi kes dari Mahkamah Majistret adalah terhad kepada persoalan undang-undang sahaja dan dengan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan.  



Mahkamah Tinggi
          
- Mendengar kes sivil yang melebihi nilai tuntutan RM1juta dan ke atas.
- Mendengar kes jenayah dan kes yang membawa kepada hukuman mati.



Mahkamah Sesyen         

- Mendengar kes sivil yang tidak melebihi nilai tuntutan RM1 juta dan ke atas.
- Mendengar kes-kes jenayah kecuali kes yang boleh dihukum dengan hukuman mati.



Mahkamah Majistret      

- Mendengar kes sivil yang tidak melebihi nilai tuntutan RM100 Ribu dan ke bawah.
- Mendengar kes jenayah yang melibatkan hukuman tidak lebih 10 tahun penjara. 






No comments:

Post a Comment