Thursday 26 January 2017

Doktrin Priviti dan Undang2 Kontrak


Harini aku type rojak. xD

Baru-baru ni, aku apply law firm utk attachment bulan 7 nanti. Dulu kena attach kat mahkamah, la ni kena attach kat firm pula. So masa sesi alah2 interview, bakal boss aku ni org die friendly, tapi awal2 die pesan,

"I garang tau, kalau I tak puas hati dgn research you, I suruh you buat balik sampai macam yg I nak."
PULAK.. Tapi aku take it as alah bisa tegal biasa. eh!

Die ckp die akan reserve satu tmpat utk aku bulan 7 nanti. Yes!! Tapi lpastu die tnye aku, "awak nak buat research tak cuti ni?" Jengjengjeng... Dengan segera aku membalas "Boleh" dgn muka redha.

So, apa yg merunsingkan bakal boss aku ni, ialah Doktrin Priviti. Aku tak berniat nak kupas panjang2 tapi meh aku cite padia doktrin priviti.

Asas Undang2 Kontrak menyatakan hanya pihak yang berkontrak sahaja boleh menyaman atau disaman. 

Contoh :

A berjanji nak buat sesuatu untuk B dan sebagai balasan B berjanji untuk buat sesuatu untuk manfaat C. Namun, B tak tunaikan janji dia. C sebagai pihak yg sepatutnya dapat manfaat dari perjanjian antara A dan B tidak boleh menyaman B yang memungkiri janji. 

Situasi di atas dikenali sebagai Doktrin Priviti iaitu hanya pihak2 yang privi atau berkontrak sahaja boleh mengkuatkuasakan kontrak. C sebagai pihak ketiga tidak boleh kuatkuasakan kontrak tersebut walaupun kontrak itu untuk manfaat (benefit) C. Sedihkan kalau jadi C? Sobsob...

Walaupun secara dasarnya Undang-undang Kontrak 1950 tidak peruntukkan apa2 seksyen berkaitan doktrin ini, tapi mahkamah tertinggi negara dan Privy Council dalam kes Kepong Prospecting Ltd v Schmidt [1968] 1 MLJ 170 telah menyatakan doktrin priviti ini terpakai di Malaysia dan telah menjadi landmark case untuk situasi seumpamanya. 

Namun, terdapat pengecualian (exception) dalam pemakaian doktrin ini. Mahkamah kena bersikap kreatif dalam menyelesaikan satu undang2 yang ketat (rigid) untuk beri keadilan kepada pihak2 yang sepatutnya diberikan hak. Antara cara mahkamah ialah dengan membuat pengecualian berdasarkan konsep Prinsipal & Agensi, Tort Kecuaian, Kontrak Kolateral dan undang2 amanah (Trust). Namun setiap pengecualian di atas setiap satunya ada kesusahan untuk memenuhi keperluan (requirement) untuk menjustifikasikan penggunaan pengecualian itu. Kasihan pihak ketiga..

Doktrin Priviti ini berasal dari UK iaitu kes Dunlop Pneumatic dan UK telah pun menggubal Undang2 baru secara spesifik tentang hak pihak ketiga dalam English Contracts (Rights of Third Parties) Act 1999. Sedangkan di Malaysia, belum ada lagi usaha2 ke arah mewujudkan penyelesaian secara jelas dengan menggubal satu undang2 khas untuk pihak ketiga. 

Bayangkan dunia makin maju ke hadapan dan pelbagai cara urusniaga masa kini melibatkan pihak ketiga. Dengan adanya satu statut yang lengkap seperti di UK, jadi undang2 negara akan jelas (certain) terhadap hak pihak ketiga kerana pada masa kini Hakim terpaksa menilai kes berdasarkan kes2 lama untuk dijadikan rujukan (precedent). 

Diharap Kerajaan menyahut seruan mereka2 yang telah membuat kajian tentang doktrin ini kerana undang2 harus berkembang seiring perkembangan zaman. 




1 comment:

  1. sangat sangat sangat sangat membantu. waktu covid ni srsly nk cari bahan mmg susah. bersyukur ada blog nih. caiyokkkk

    ReplyDelete